ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni ana ingin berkongsi satu cerita........ceritanya best......sesiapa yang baca ni mesti beruntung..... :)...
                     Renung-renungkan bersama....berfikir sejenak....
                         bukalah pintu hati.......luaskan minda.....

Seorang buruh binaan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawah. Pekerja itu berteriak, tetapi temannya tidak mendengarnya kerana bunyi bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja. Jadi, itu untuk menarik perhatian rakannya...dia melemparkan duit syiling di depan rakannya. Rakanya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu sambung kerjanya. Dia mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat idea. Dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannya mendongak ke atas lalu dia dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

RENUNGAN KEPADA KITA SEMUA..
Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita 'mendongak' kepadaNya. Seringkali Allah melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita 'mendongak' kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

SELAMAT BERAMAL..

kadang-kadang kita tak pernah terfikir kenapa Allah memberikan kita nikmat dan musibah......

 setiap apa yang berlaku,Allah menguji kita dalam kesenangan......dan dalam kesusahan....
                                                                                                                                                                       kita kadang-kadang lalai...bile diberinya kita kesenangan,mesti tak ade sesiapa yang mendongak
                      ucap terima kasih......
 
        tapi bila kita dicampakkan walau satu musibah,terus kita dongak.......dan ketika itu baru kita                     mendongak mengadu kesakitan......
                  Astaghfirullahal'azim..........
  
                semoga kita semua digolongkan di dalam golongan orang-orang yang beruntung,,,,,,
                                            ..... renung-renungkan dan selamat beramal......

AMPUNKAN DOSAKU.....YA ALLAH...

kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku

I submit my hopes to You, O Lord of all creation,



وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,


ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

When my heart is hardened, and my life is constricted,


جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu

I turn to my submission as the way to Your pardon,


فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,


تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.



ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

Is it not You who nourishes me, guides me?


ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

Therefore cease not your benevolence and bounty to me,



عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

May those who have obtained excellence forgive me my trespass,


ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

And parade not my wrongdoings and things that have passed.



فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,


ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,


و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,




ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

Even as my trespass lands me in the Fire.




فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,


وفيما سواه في الورى كان أعجما
dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

And when he is with others in this world, he is silent,


يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,


كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".



أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,


وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,



تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2

Walking beside me, full of hope,



فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

Thus though my sins are mountainous, then and now,


وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

BUTA MATA vs BUTA HATI??

Buta mata dan buta hati??Apakah persamaan dan perbezaannya??Zahirnya makna buta itu sendiri tidak dapat melihat apa2.Namun di sini apakah yang dimaksudkan buta mata dan hati.Seringkali kita mendengar seseorang yang buta matanya iaitu tidak dapat melihat zahirnya keindahan dunia.Dilihatnya hanya kegelapan dalam setiap pandangannya.Tangan di iringkan tongkat penunjuk jalan tetapi apa pula buta hati?Hal ini yang sering kita lupa dan alpa.Ramai yang mengatakan bahawa buta itu diisyaratkan kepada mata yang tidak dapat melihat dan dikatakan gelap pandangan.Namun apakah yang dikatakan buta diisyaratkan kepada hati?Persoalah yang sentiasa bermain di fikiran.Peristiwa apabila melihat dua situasi ini dapat difahami akan maksudnya yang tersirat.

SITUASI 1
Dilihat seorang lelaki yang buta matanya meraba bumi ciptaan-NYA dengan tongkatnya sebagai penunjuk jalan untuk menuju ke satu destinasi yang ingin di tuju.Dalam keadaan yang gelap,dia masih tidak putus asa terus berjalan walaupun ada kalanya dia jatuh,terlanggar sesuatu barang dan tersalah arah.Namun kudratnya begitu tinggi untuk sampai ke destinasinya.Ada hamba yang berhati murni membantunya menyeberangi jalan tetapi ada yang kejamnya menghinanya.Tetapi tidak diendahkan semua itu.Yang pasti dia tiba di tempat itu.Akhirnnya berkat usahanya di telah sampai juga ke destiansi(masjid) itu.Betapa bersyukurnya dia dan tidak pernah merungut walau sedikit pun.Di dalam masjid itu,dia tidak berhenti-henti memuji Allah walau dia tahu saat ini dia sedang diuji begitu hebatnya.Dia memuji ciptaan Allah walaupun dia tidak pernah melihatnya.

SITUASI 2
Seorang lelaki yang celik matanya.Jalan penuh megah untuk ke destinasinya.Tidak dirisaunya kerana di dapat melihat perjalanannya.Perjalanannya penuh kelancaran dan tiada halangan.Di dalam perjalanannya itu dilihat seorang lelaki yang bertongkat ingin melintasi jalan.Lalu dia mendekati lelaki itu namun kecewanya tujuan dia mendekati lelaki buta itu bukan kerana ingin membantu malah dihina dan ditolaknya.Dia terasa gembira apabila telah berjaya mengenakan lelaki buta itu.Dia terus berjalan yang dikelilingi oleh rakan-rakannya.Akhirnya dia telah tiba ke destinasinya(pusat karoake) dengan mudah dan amat senang.Lalu lelaki itu masuk ke bilik karoake itu.Suaranya itu dimegah-megahkan dengan jeritan nyanyian yang melalaikan.Sehingga taksub lupa dunia.Walaupun matanya celik dapat melihat keindahan ciptaan-NYA namun tidak pernah suaranya mengalunkan pujian kepada Allah.

Melihat kepada dua situasi ini,dapatkah ada fahami antara buta mata dan buta hati?
              
Sebab Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, sedangkan pada penglihatannya ada pula tutupan. Untuk mereka disediakan siksaan yang amat berat.

                                                                                                                              Al-Baqarah:7

        "Yaitu mereka yang membantah dalil-dalil Allah tanpa alasan yang dapat mereka capai. Amat besar kemurkaan Allah dan orang-orang yang beriman terhadap bantahan yang tidak beralasan itu. Begitulah Allah menutup hati setiap orang yang sombong dan bertindak sewenang-wenang!"  
                                                                                                                             Al-Mukmin;35 

 Si celik yang terang pandangannya tetapi hatinya buta disebabkan sikap yang sentiasa lalai dan alpa akan perintah Allah .Walaupun si buta itu tadi matanya buta namun cinta-NYA kepada Allah tidak pernah putus.Tidak pernah putus asa dalam menempuh dugaan dari Allah.Begitulah tafsirannya.....Janganlah kita menjadi seperti si celik matanya namun hatinya buta..


Mereka ialah orang-orang yang beriman, yang hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatilah, hanya dengan mengingat Allahlah hati orang mukmin menjadi tenteram..                                                                                                                                   
                                                                                                                                Ar-Ra'du:28

Jadilah seperti si buta pandangannya namun celik hatinya.Yang sentiasa mendambakan cinta Allah..Hidup dan matinya nawaitu kerana Allah...Semoga hati-hati kita dipelihara oleh Allah agar tidak terkena dengan virus syaitan yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menggoda umat Nabi Adam........


AKHIR KALAM,

Kita telah tahu bahwa ada dua sisi berbeda dari jiwa manusia, yang satu mengarah kepada kebaikan dan yang satunya lagi mengarah kepada kejahatan. Bijaksana atau tidaknya seseorang bergantung pada dua sisi jiwa orang itu. Al-Qur'an memberitahu kita bahwa tingkah laku yang mengikuti nafsu adalah tidak bijaksana. Sebaliknya, setia kepada sisi baik dari jiwa membawa kepada kebijaksanaan.
                                       

ANTARA RIBUT HATI DAN NILAI SABAR

Bukan hati kita tidak bisa mengerti bukan hati tidak pernah memahami. Cerita dan kehendak yang tertulis sesekali tersimpan di ingatan. Cuba dileraikan namun masih kuat di hati. DIA itu mengerti setiap masa dan sentiasa di sisi. Sewaktu melihat gelak ketawa kanak-kanak membuatkan hati ini tenang dan gembira. Terasa ingin kembali menjadi seperti mereka.
Namun,apakan daya inilah proses kehidupan. Dari lahir sebagai seorang bayi,sehingga meningkat dewasa proses kehidupan sentiasa berputar. Kehidupan yang dilalui hari-hari mengenal erti nikmat dan hikmah dari-Nya. Kadangkala, manusia itu sendiri terlepas pandang, bahkan berpaling untuk merasakan sesuatu yang lebih baik.

Cerita yang mungkin berbeza di antara kita semua menjadikan hidup ini sesuatu yang indah untuk dihargai. Punya persoalan dan jawapan bagi setiap sesuatu. Namun, titik kesabaran dan kejujuran yang perlu kita semat dalam hati sedetik pun tidak pernah goyah pengharapan pada-Nya. Jujurnya, nilai-nilai ini menjadikan kita insan yang tidak pernah mengeluh erti putus asa dan rahmat dari-Nya. Kata ini mungkin tidak bernilai pada yang tidak tahu makna, namun DIA punya jawapan yang tertulis.
Manusia itu punya hati dan akal yang memberikan ruang untuk manusia berfikir. Antara kewarasan akal dan iman yang terpahat di dada menjadikan setiap tindakan yang dibuat seiring dan berlapang dada dengan segala sesuatu. Tergesa-gesa untuk setiap tindakan yang dilakukan menjadikan manusia itu terburu-buru dalam melakukan keputusan.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. (HR. Bukhari dan Muslim)
Saya masih ingat sehingga kini bahawa nilai amarah itu tidak mungkin dapat melahirkan satu hasil yang baik. Amarah itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan melainkan kemudaratan yang mungkin memberi kesan pada jiwa manusia. Teguhkan iman di hati, perbaharuilah sesuatu tindakan dengan berhikmah.
Nilai kesabaran perlu disemat dan kejujuran itulah utuhnya hati seorang muslim. Lahirnya sebuah naluri hati yang tidak mungkin bisa menipu pandangan hati manusia jika terarah  kepada pencipta-Nya yang agung.
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah, ayat 45)
Sungguh hidup ini sesuatu yang indah untuk dinikmati dan dikongsi jika kita tahu bagaimana pelayaran sebuah nakhoda itu berakhir. Qalbu salim adalah hati yang sempurna dicari sepanjang pelayaran seorang insan bergelar hamba.

UJIAN ITU RAHSIA ALLAH S.W.T

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

APA KHABAR JODOHKU

Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.